Pastinya kehangatan Ramadhan yang semakin menjelang tiba menyebabkan umat Islam menantikannya dengan penuh keazaman dan penuh pengharapan. Keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi ramadhan tahun ini dan pengharapan agar segala amalan yang dilaksanakan di bulan yang mulia ini diterima Allah swt. Justeru itu ramai dikalangan umat Islam menggandakan amalan pahala mereka di bulan ini dengan janji pahala akan dilipat gandakan. Suasana menyambut kedatangan ramadhan didahului dengan puasa sunat dan sedekah di bulan Rejab dan Sya’aban iaitu persediaan-persediaan rohani untuk menyambut kedatangan ramadhan. Semuanya ini berdasarkan keyakinan bahawa Allah swt akan sentiasa melihat dan menghitung segala amalan yang dilakukan oleh seorang hamba yang penuh pengharapan kepadaNya.
Posted by: amanpalestin | Ogos 27, 2008
Ramadhan & Palestin
Dikirim dalam Uncategorized
Posted by: amanpalestin | Ogos 27, 2008
Projek Ramadhan Palestin
“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka di memperolehi pahalanya dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak kurang sedikitpun”
Hadith riwayat Termizi.
Projek Bulan Ramadhan Mubarak Untuk Rakyat Palestin
Sambil beribadat kita kongsi kegembiraan meringakan bebanan mereka.
Umat Islam dijemput memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan juga di kem-kem Pelarian di Lubnan sempena bulan yang mulia ini.
Dikirim dalam Uncategorized
Posted by: amanpalestin | Ogos 27, 2008
Dairi: Iftar Jamaie di Lubnan
Dikirim dalam Uncategorized

